Penebusan Koleksi Raya
     
       
       
             
 
SYARAT DAN PERATURAN PROMOSI DAN IKLAN DI CM MALL™
  1. Bagi membuat kempen promosi dan iklan di CM Mall™, terlebih dahulu hendaklah mendapat kebenaran daripada pihak CM Mall™. Peniaga tidak dibenarkan membuat promosi tanpa pengetahuan CM Mall™. Bagi penyewa kedai "online" kos promosi dan iklan adalah PERCUMA setiap masa dan 50% bagi tempoh masa tertentu.  
  2. Peniaga yang hendak membuat kempen promosi dan iklan perlu daftarkan kempen mereka terlebih dahulu dan pihak CM Mall™ akan teliti dahulu tujuan dan kandungan kempen agar ianya tidak melanggar syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh CM Mall™.  
  3. Terdapat 10 jenis kempen promosi yang terdapat di CM Mall™ iaitu bayaran per klik (Pay Per Click), baucar diskaun, kupon belian, hadiah, katalog, baucar tahunan, mata ganjaran, jualan garaj, jualan harga runtuh dan promosi hari istimewa.  
  4. Bayaran Per Klik (Pay Per Click) Program: Program PPC ini adalah merupakan keistimewaan CM Mall™ yang mana tiada platform lain yang menawarkan keistimewaan ini. Program PPC ini sangat menarik kerana ianya merupakan "Kempen Galakkan Membeli". Di CM Mall™ mempunyai lebih 1,000 kedai "online". Setiap kedai "online" akan memberikan RM1 kepada pengunjungnya. Pengunjung hanya perlu datang ke CM Mall™ dan melawat setiap kedai "online". Setiap maklumbalas yang diberikan akan mendapat RM1 terus ke akun eWallet pengunjung (hanya pengunjung berdaftar sahaja yang boleh mendapat keistimewaan ini). Tiada had untuk lawatan ke kedai "online". Pengunjung boleh melawat seberapa banyak kedai "online" dalam satu masa tetapi hanya boleh mendapat 1 klik (RM1) sahaja dari setiap kedai "online". Wang RM1 yang dikumpul hanya boleh digunakan untuk berbelanja di dalam CM Mall™ sahaja (kedai "online"). Pengunjung hanya boleh mngumpul nilai dalam eWallet dalam tempoh 14 hari sahaja. Jika selepas tempoh 14 hari wang tidak dibelanjakan, nilai tersebuat akan ditukar kepada baucar (RM10 = 1pt).  
  5. Baucar Diskaun: Kempen promosi melalui pemberian baucar diskaun yang berlaku di CM Mall™ adalah untuk menggalakkan pengunjung untuk datang melawat ke kedai "online". Baucar diskaun ini hanya boleh diperolehi diperolehi melalui kedai "online" sahaja. Di mana pengunjung perlu melawat ke kedai "online" untuk mendapatkan baucar tersebut. Pengunjung boleh mengumpul seberapa banyak baucar diskaun, tetapi setiap baucar mempunyai tarikh luput yang berbeza bergantung kepada promosi yang dibuat oleh peniaga. Bagi baucar yang tidak ditebus sehingga tarikh luput di kira batal dan tidak sah. Tiada pertukaran nilai baucar kepada RM atau mata ganjaran.  
  6. Kupon Belian: Bagi pengunjung yang aktif membuat pembelian di CM Mall™ layak untuk mendapat "Kupon Belian". Kupon belian ini mempunyai nilai tertentu yang membolehkan untuk membuat pembelian. Hanya pengunjung yang dipilih oleh kedai "online" akan diberikan kupon belian ini yang memenuhi syarat mereka (peniaga). Kupon belian ini tidak mempunyai tarikh luput tetapi bergantung kepada stok produk yang ditawarkan. Kupon belian tersebut tidak boleh ditukar dengan pembelian produk lain atau dengan wang tunai..  
  7. Hadiah Istimewa: Pemberian hadiah istimewa ini adalah hari-hari istimewa pengunjung seperti hari lahir, ulangtahun perkahwinan, hari ibu, hari wanita, hari raya aidilfitri dan sebagainya. Selain daripada itu, pengunjung juga boleh mendapat hadiah istimewa ini melalui peraduan yang di tawarkan oleh kedai "online" atau CM Mall™. Jenis hadiah tidak akan diberitahu kerana tiada penetapan. Semua pengunjung yang berdaftar sahaja layak untuk mendapat hadiah istimewa ini.  
  8. Katalog Produk: Setiap penyewa kedai "online" boleh mengiklankan produk mereka di dalam katalog produk CM Mall™. Katalog produk ini akan dicetak setiap bulan dan diedarkan kepada pengunjung CM Mall™ yang berdaftar melalui pos ke alamat mereka. Keistimewaan katalog ini di mana peniaga boleh mengiklankan sampaikan promosi mereka terus kepada oarang ramai. Manakala, orang ramai pula yang mendapat katalog ini boleh medapat promosi istimewa dan baucar yang tidak boleh diperolehi di mana-mana, walaupun di CM Mall™.  
  9. Baucar Tahunan: Hanya pengunjung yang aktif membuat pembelian di CM Mall™ sahaja layak untuk mendapat baucar tahunan. Baucar tahunan adalah buku baucar yang mengandungi lebih 20 keistimewaan samada untuk percutian, perkhidmatan atau pembelian produk. Baucar ini bernilai sehingga >RM1,000 bagi edisi klasik (mengandungi 15 keistimewaan) dan >RM2,500 bagi edisi premier (mengandungi 20 keistimewaan). Pengunjung yang mendapat baucar tahunan ini boleh menggunakan baucar ini untuk tempoh setahun. Nilai baucar tidak boleh ditukar kepada tunai atau mata ganjaran. Bagi baucar yang tidak digunakan sehingga tarikh luput promosi di kira batal.  
  10. Mata Ganjaran: Keistimewaan di CM Mall™ nilai mata ganjaran yang diberikan adalah yang tertinggi iaitu 1pt = RM1. Semua 10 kempen promosi yang dibuat oleh CM Mall™ menawarkan mata ganjaran. Pengunjung boleh mengumpul mata ganjaran ini untuk setiap 14 hari dan dalam tempoh tersebut mata ganjaran tersebut mesti digunakan dengan membuat pembelian di dalam CM Mall™. Jika mata ganjaran tersebut tidak digunakan nilai tersebut akan ditukarkan kepada baucar bersamaan (1pt = RM10). CM Mall™ tidak menggalakkan pengunjung untuk mengumpul mata ganjaran dalam tempoh yang lama kerana ianya akan melambatkan proses kempen promosi.  
  11. Jualan Garaj: Semua peniaga samada penyewa kedai "online" ataupun bukan penyewa layak untuk menjual produk mereka di dalam "Market Place CM Mall™" melalui program 3 kali setahun iaitu jualan garaj. Di dalam program ini CM Mall™ memberi peluang kepada perniaga dan individu untuk menjual barangan terpakai mereka (second hand item). Setiap produk yang terjual CM Mall™ akan mengenakan caj transaksi jualan sebanyak 2%. Peniaga atau individu yang berminat untuk menyertai program ini hendaklah daftarkan barangan mereka dan pihak CM Mall™ tidak bertanggung jawab ke atas barangan tersebut. Setiap pembelian akan mendapat mata ganjaran (hanya pada pengunjung yang berdaftar sahaja).  
  12. Jualan Harga Runtuh: Semua peniaga samada penyewa kedai "online" ataupun bukan penyewa layak untuk menjual produk mereka di dalam "Market Place CM Mall™" melalui program setiap bulan iaitu jualan harga runtuh. Di dalam program ini CM Mall™ memberi peluang kepada penyewa kedai "online" untuk menjual produk mereka dengan harga paling istimewa bergantung kepada peristiwa pada bulan berkenaan. Jika bulan tersebut tiada peristiwa menarik maka tiada jualan harga runtuh di berikan kepada pengunjung. Setiap pembelian akan mendapat mata ganjaran (hanya pada pengunjung yang berdaftar sahaja).  
  13. Promosi Hari Istimewa: Sepanjang tahun setiap kali menjelang musim perayaan, hari merdeka hari ibu, hari bapa, hari guru, hari lahir dan sebagainya, setiap pengunjung yang bertuah akan mendapat tawaran berganda dan hanya sah sepanjang hari tersebut sahaja (jika hari lahir tempoh sah hanya 24 jam sahaja). Promosi ini tidak boleh digunakan oleh individu lain dan bergantung kepada syarat yang diberikan (setiap promosi mempunyai syarat yang berbeza).  
  14. Setiap pengunjung yang hendak menikmati ganjaran berganda ini perlu mendaftar sebagai tetamu di CM Mall™. Sila baca peraturan (1.1) Peraturan Penggunjung.  
  15. Setiap peniaga yang hendak menikmati ganjaran berganda ini perlu mendaftar sebagai penyewa kedai "online". Sila baca peraturan (1.2) Peraturan Peniaga/Penyewa.  
  16. Selain kempen promosi CM Mall™ juga menyediakan perkhidmatan pengiklanan kepada peniaga. Semua peniaga boleh mengiklankan produk mereka di dalam CM Mall™ dan hanya penyewa kedai "online" sahaja yang akan mendapat 50% untuk setiap pakej iklan. Minimum tempoh untuk langganan iklan adalah 30 hari.  
  17. Iklan-iklan ini akan membawa pengunjung terus ke laman web laman web rasmi peniaga. Bagi iklan video tempoh masa yang diberi adalah 5 saat (min). Bagaimanapun, pengunjung tidak mendapat apa-apa ganjaran melalui pengiklanan ini kecuali jika peniaga itu sendiri yang memberikan pengunjung ganjaran melalui laman web mereka sendiri. Mata ganjaran yang diperolehi melalui laman web peniaga tidak boleh masukkan ke dalam akaun "eWallet" melainkan promosi itu dibuat oleh CM Mall™.  
  18. CM Mall™ sangat mengambil berat mengenai kandungan kempen promosi dan iklan. Pihak CM Mall™ berhak membatalkan mana-mana permohonan yang tidak mengikuti syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh CM Mall™. Setiap rekaan grafik untuk kempen promosi dan iklan hendaklah dihantar kepada CM Mall™ melalui email untuk mendapatkan pengesahan.  
  19. Peniaga perlu membeli jumlah nilai kredit yang hendak ditawarkan kepada pengunjung (PPC). Nilai klik ini bergantung kepada jumlah sasaran yang disasarkan oleh peniaga. RM300 untuk 100 sasaran, RM600 untuk 300 sasaran, RM1,000 untuk 500 sasaran dan RM3,000 untuk 1,500 sasaran.  
  20. CM Mall™ berhak mengubah atau meminda mana-mana syarat dan peraturan yang ditetapkan jika perlu. CM Mall™ tidak terikat dengan mana-mana perjanjian bersama penyewa samada tetamu VIP mahupun tetamu harian. Penyewa CM Mall™ bersetuju dengan syarat dan peraturan CM Mall™ tetapkan.  
  21. Sebarang perubahan "benefit", penambah baikkan sistem dan pertukaran peraturan akan dimaklumkan kepada penyewa yang berdaftar melalui email.  
  22. Ini adalah sistem CM Mall™ v1.0 (versi 1). Sistem "eWallet" dan penggunaan kad keahlian "Penyewa" hanya untuk sistem CM Mall™ v2.0 (versi 2).  
       
 
Kumpul, Beli dan Menang!
 
CM Mall™ v1.0
  RAKAN STRATEGIK  
   
     
     
  :: 1.1 Peraturan Penggunjung  
  :: 1.2 Peraturan Peniaga/Penyewa  
  :: 1.3 Peraturan Promosi & Iklan  
  :: 1.4 Peraturan Pembelian  
  :: 1.5 Peraturan Penebusan  
  :: 1.6 Peraturan Pembayaran  
  :: 1.7 Program Keusahawanan  
  :: 1.8 Pendaftaran Pengiklanan  
     
©CM Mall™2017 owned by Ashadi Trading.