PROGRAM KEUSAHAWANAN BERSAMA CM MALL™  
  CM Mall™ menyediakan latihan keusahawanan khusus untuk peniaga-peniaga kecil dan yang baru hendak memulakan perniagaan. Program yang akan dibuat ke seluruh Malaysia secara berperingkat dan sasaran adalah untuk memasarkan 10 jenama produk bagi satu kawasan secara efektif. Program ini terbuka kepada semua peniaga tempatan secara percuma dan setiap peniaga akan diberikan kedai "online" di dalam CM Mall™ untuk tempoh setahun. Program keusahawanan ini bertujuan untuk membantu para peniaga memahami bagaimana "platform" CM Mall™ boleh membantu memajukan perniagaan mereka.  
 
     
SYARAT DAN PERATURAN PEMBAYARAN DI CM MALL™
  1. Penebusan hanya boleh dibuat di CM Mall™ atau terus ke kedai "online" di dalam CM Mall™ sahaja.  
  2. Nilai mata ganjaran yang terkumpul tidak sah untuk pembelian di "platform" lain mahupun di laman web rasmi peniaga.  
  3. Sila baca syarat dan peraturan untuk setiap promosi yang dibuat. Penebusan yang sudah tamat tempoh tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan tidak mempunyai nilai.  
  4. Pengunjuang diwajibkan membuat pembelian setiap dalam tempoh 14 hari. Ini kerana jumlah pengumpulan duit RM1 di dalam "eWallet" hanya sah untuk tempoh 14 hari. Jika lebih dari tempoh tersebut nilai yang terkumpul di dalam "eWallet" akan ditukarkan kepada baucar pembelian.  
  5. Jika pengunjung hendak membuat penebuasan mata ganjaran, menggunakan kupon, dan baucar hendaklah membaca terlebih dahulu syarat dan peraturan yang telah diberikan oleh pihak peniaga dan CM Mall™ bagi mengelakkan promosi bertindih.  
  6. Pihak CM Mall™ dan peniaga berhak mengubah mana-mana peraturan penebusan jika perlu dan membatalkan penebusan jika terdapat keraguan.  
  7. Bagi mengelakkan berlakunya penipuan baucar dan kupon, pihak CM Mall™ menggunakan kod khas yang sentiasa bertukar pada setiap masa dan setiap baucar. Setiap no siri mestilah sama diantara CM Mall™ dengan peniaga. Peniaga boleh membuat pengesahan dengan CM Mall™ jika berlaku kekliruan.  
  8. Jika sistem mendapati berlaku sebarang penipuan atau cubaan untuk mencetak semula maka akaun "eWallet" akan di tahan serta merta untuk tempoh 60 hari dan 120 hari untuk kali ke dua dan pembatalan akaun "eWallet" untuk kali ke tiga (tidak dibenarkan untuk membuka akaun"eWallet" pada bila-bila masa.  
  9. Pengunjung yang berdaftar boleh mendapat maklumat pengenai promosi produk melalui katalog yang diedarkan melalui pos.  
  10. Penyewa kedai "online" juga boleh membuat pembelian di dalam CM Mall™ dengan menggunakan kad penyewa untuk mengumpul mata ganjaran.  
  11. Jika pengunjung hendak membuat pembelian secara "online" hanya perlu memberikan no kad pengunjung/penyewa sebagai pengesahan.  
  12. Nilai mata ganjaran tidak boleh dipindah kepada akaun "eWallet" pengunjung lain.  
  13. Setiap pembelian samada secara "online" atau "ofline" akan mendapat mata ganjaran iaitu bersamaan (RM10 = 1pt).  
  14. Nilai di dalam akaun "eWallet" tidak boleh dipindah milik kepada akaun "eWallet" lain dan setiap pengunjung hanya boleh mendaftar 1 akaun "eWallet" sahaja.  
  15. Pengunjung yang cuba melakukan penipuan (hacking, scam, dll) akan di ambil tindakan di bawah SKMM dan tidak dibenarkan untuk membuka akaun "eWallet" di CM Mall™.  
  16. Tiada transaksi pembelian yang akan berlaku ke CM Mall™. Semua transaksi pembelian hanya akan berlaku terus ke akaun peniaga. Jika pengunjung menerima email dari CM Mall™ yang meminta untuk membuat pembayaran, sila hubungi pihak CM Mall™ untuk mendapatkan pengesahan.  
  17. Bagi pengunjung CM Mall™ samada tetamu VIP mahupun tetamu harian yang hendak membuat penebusan mata ganjaran, sila baca peraturan (1.5) Peraturan Penebusan.  
  18. Bagi pengunjung CM Mall™ samada tetamu VIP mahupun tetamu harian yang hendak membuat pembayaran, sila baca peraturan (1.6) Peraturan Pembayaran.  
  19. Bagi pengunjung CM Mall™ samada tetamu VIP mahupun tetamu harian yang hendak membuat pembelian, sila baca peraturan (1.4) Promosi & Iklan.  
  20. Bagi pengunjung CM Mall™ samada tetamu VIP mahupun tetamu harian yang hendak mengikuti program keusahawanan CM Mall™, sila baca peraturan (1.7) Program Usahawan..  
  21. CM Mall™ berhak mengubah atau meminda mana-mana syarat dan peraturan yang ditetapkan jika perlu. CM Mall™ tidak terikat dengan mana-mana perjanjian bersama pengunjung samada tetamu VIP mahupun tetamu harian. Pengunjung CM Mall™ bersetuju dengan syarat dan peraturan CM Mall™ tetapkan.  
  22. Sebarang perubahan "benefit", penambah baikkan sistem dan pertukaran peraturan akan dimaklumkan kepada pengunjung yang berdaftar melalui email.  
  23. Ini adalah sistem CM Mall™ v1.0 (versi 1). Sistem "eWallet" dan penggunaan kad keahlian "Tetamu VIP/Tetamu Harian" hanya untuk sistem CM Mall™ v2.0 (versi 2).  
 
Kumpul, Beli dan Menang!
 
CM Mall™ v1.0
  RAKAN STRATEGIK  
   
     
     
  :: 1.1 Peraturan Penggunjung  
  :: 1.2 Peraturan Peniaga/Penyewa  
  :: 1.3 Peraturan Promosi & Iklan  
  :: 1.4 Peraturan Pembelian  
  :: 1.5 Peraturan Penebusan  
  :: 1.6 Peraturan Pembayaran  
  :: 1.7 Program Keusahawanan  
  :: 1.8 Pendaftaran Pengiklanan  
     
©CM Mall™2017 owned by Ashadi Trading.