KELEBIHAN PENYEWA CM MALL™  
 

CM Mall™ adalah merupakan "platform" kempen pemasaran produk. "Platform" ini bertujuan untuk membantu usahawan tempatan memasarkan produk mereka kepada orang ramai. CM Mall™ menumpukan 80% kepada pembangunan produk IKS, produk baru dan produk harian. Manakala 20% CM Mall™ menumpukan kepada pembangunan jenama dan pengiklanan. Di CM Mall™ peniaga hanya perlu memiliki kedai "online" untuk mempromosikan produk atau perniagaan mereka. Pengunjung akan datang ke kedai-kedia "online" ini untuk mendapatkan maklumat perniagaan atau produk, maklumat promosi, melihat iklan produk, mengumpul mata ganjaran, memperolehi wang (RM1) dan juga membuat pembelian.

Di CM Mall™ peniaga hanya perlu bersama-sama menyokong kempen promosi yang CM Mall™ lakukan setiap masa. Sokongan yang diberikan oleh peniaga akan memberikan galakkan kepada orang ramai untuk terus mengunjungi CM Mall™ dan secara tidak langsung akan meningkatkan jualan peniaga itu sendiri. Tidak seperti "platform" lain, di CM Mall™, semua proses promosi, pengiklanan, pembangunan dan kempen akan dilaksanakan oleh CM Mall™ tanpa sebarang bayaran yang dikenakan kepada peniaga. CM Mall™ sangat komited di dalam usaha untuk membantu usahawan tempatan (Malaysia) dan memperkenalkan jenama produk-produk tempatan. Ini kerana CM Mall™ sangat yakin, dengan perlaksanaan kempen promosi yang berterusan dan konsisten, akan dapat menjadikan jenama sesuatu produk bertambah kuat.

 
  KAD KEAHLIAN, VIP DAN PENYEWA CM MALL™  
  Pengunjung CM Mall™ tidak perlu memohon untuk mendapatkan kad keahlian samada sebagai "Tetamu VIP" atau "Tetamu Harian". Kerana kad keahlian ini hanya akan diberi kepada pengunjung yang berdaftar dengan CM Mall™ sahaja. Bagi kad keahlian "Tetamu Harian" akan diberi apabila pendafataran di sahkan. Manakala, bagi kah keahlian "Tetamu VIP" akan diberitahu melalui email sebagai tawaran. Hanya tetamu harian sahaja yang akan ditawarkan untuk memiliki kad keahlian "Tetamu VIP". Pengunjung juga tidak diwajibkan untuk memiliki kad keahlian (Optional). Kad kehalian hanya memudahkan pengunjung untuk membuat pembelian dan mengumpul mata ganjaran.  
       
  PROMOSI BERGANDA PENYEWA CM MALL™  
  Carta aliran di bawah menunjukkan bagaimana penyewa kedai "online" boleh menikmati ganjaran berganda mereka di CM Mall™. Keistimewaan penyewa CM Mall™ di mana penyewa tidak perlu membuat kempen promosi mereka sendiri. CM Mall™ akan melakukan kempen promosi berterusan secara konsisten bagai menawarkan pelbagai keistimewaan kepada pengunjung. Kempen promosi yang dilakukan oleh CM Mall™ ini akan memberi sedikit ruang kepada peniaga untuk mereka dikenali. Penyewa bukan sahaja perlu menjual barang, malah mereka juga boleh menikmati ganjaran berganda seperti pengunjung CM Mall™. Penyewa juga perlu melawat kedai-kedai "online " lain di dalam CM Mall™ bagi membolehkan mereka mengumpul mata ganjaran, membuat pembelian dan menebus mata ganjaran.  
   
     
SYARAT DAN PERATURAN PENYEWA DI CM MALL™
  1. Peniaga ditawarkan tiga (3) pakej untuk menjual produk mereka di dalam CM Mall™ iaitu pakej "Park Domain", Sewa Iklan dan Kedai "Online". Peniaga wajib melanggan salah satu dari pekej tersebut dengan minimum tempoh 30 hari.  
  2. Hanya bagi pakej ke3 iaitu sewa kedai "online" sahaja peniaga wajib mendaftarkan perniagaan dan sertakan salinan sijil pendaftaran perniagaan SSM.  
  3. "Park Domain"  
    3(a). Bagi peniaga yang sudah mempunyai laman web rasmi produk atau perniagaan dan mahukan pengunjung ke laman web mereka. Pakej ini adalah sangat sesuai di mana peniaga cuma perlu membayar RM3 sehari (minimum 30 hari) untuk meletakkan "domain" mereka di dalam CM Mall™.  
    3(b). Pengunjung CM Mall™ boleh melayari terus ke laman web peniaga melalui pautan "domain" yang diberi.  
    3(c). Tiada kontrak (Jika terdapat 31 hari dalam sebulan, maka PERCUMA 1 hari akan diberikan) ATAU (Jika terdapat hanya 28/29 hari dalam sebulan, maka BAYARAN kembali akan diberikan kepada peniaga) ATAU (Jika terdapat penambahan jumlah hari 30 hari minimum + 10 hari tambahan maka bayaran perlu ditambah RM3 x 10 hari).  
  . 3(d). Pengunjung tidak memperolehi mata ganjaran jika mereka terus ke laman web peniaga tetapi masih boleh mendapat bonus pembelian (jika berlaku pembelian).  
  4. Sewa Iklan  
    4(a). Bagi peniaga yang sudah mempunyai laman web rasmi produk atau perniagaan dan mahukan pengunjung ke laman web mereka. Pakej ini adalah sangat sesuai di mana peniaga cuma perlu membayar RM5 sehari (minimum 30 hari) untuk mengiklankan produk mereka di dalam CM Mall™.  
    4(b). Pengunjung CM Mall™ boleh melayari terus ke laman web peniaga melalui iklan yang tertera. Peniaga juga boleh membuat iklan dalam bentuk video untuk tempoh 5 saat sahaja.  
    4(c). Tiada kontrak (Jika terdapat 31 hari dalam sebulan, maka PERCUMA 1 hari akan diberikan) ATAU (Jika terdapat hanya 28/29 hari dalam sebulan, maka BAYARAN kembali akan diberikan kepada peniaga) ATAU (Jika terdapat penambahan jumlah hari 30 hari minimum + 10 hari tambahan maka bayaran perlu ditambah RM5 x 10 hari).  
    4(d). Pengunjung tidak memperolehi mata ganjaran jika mereka terus ke laman web peniaga tetapi masih boleh mendapat bonus pembelian (jika berlaku pembelian).  
  5. Sewa Kedai "Online"  
    5(a). Kedai "online" merupakan produk utama CM Mall™ di mana melalui kedai "online" pengunjung boleh menikmati pelbagai ganjaran setiap hari.  
    5(b). Kos sewa kedai "online" adalah sebanyak RM50 sebulan (Harga Promosi 2017). Bayaran sewa ini termasuk kos kempen promosi dan pengiklanan setiap bulan.  
    5(c). Tiada kontrak tetapi minimum bagi kos sewa kedai "online" adalah sebulan (Jika penyewa hendak menyewa untuk tempoh 40 hari, ianya dikira 2 bulan). Tiada pengembalian wang jika penyewa hendak batalkan sewaannya.  
    5(d). Segala kempen promosi yang dilakukan oleh CM Mall™ akan di paparkan melalui kedai "online" ini. Pengunjung yang hendak menikmati ganjaran berganda haruslah melawat kedai-kedai "online" di dalam CM Mall™ setiap masa.  
  6.. Jika penyewa hendak membuat kempen promosi atau iklan melalui CM Mall™. hendaklah berbincang terlebih dahulu bersama pihak CM Mall™ untuk mendapatkan kebenaran. CM Mall™ berhak membatalkan mana-mana kempen promosi yang tidak mengikut syarat dan peraturan yang telah ditetapkan. Sila baca peraturan (1.3) Promosi dan Iklan.  
  7. Bagi penyewa kedai "online" tidak perlu mendaftar sebagi "Tetamu VIP" atau "Tetamu Harian" untuk menikmati ganjaran berganda. Penyewa kedai "online" juga akan diberikan kad keahlian "Penyewa" yang mempunyai kelebihan sama seperti kad "Tetamu VIP".  
  8. CM Mall™ berhak mengubah atau meminda mana-mana syarat dan peraturan yang ditetapkan jika perlu. CM Mall™ tidak terikat dengan mana-mana perjanjian bersama penyewa samada tetamu VIP mahupun tetamu harian. Penyewa CM Mall™ bersetuju dengan syarat dan peraturan CM Mall™ tetapkan.  
  9. Sebarang perubahan "benefit", penambah baikkan sistem dan pertukaran peraturan akan dimaklumkan kepada penyewa yang berdaftar melalui email.  
  10. Ini adalah sistem CM Mall™ v1.0 (versi 1). Sistem "eWallet" dan penggunaan kad keahlian "Penyewa" hanya untuk sistem CM Mall™ v2.0 (versi 2).  
 
Kumpul, Beli dan Menang!
 
CM Mall™ v1.0
  RAKAN STRATEGIK  
   
     
  SYARAT & PERATURAN  
  :: 1.1 Peraturan Penggunjung  
  :: 1.2 Peraturan Peniaga/Penyewa  
  :: 1.3 Peraturan Promosi & Iklan  
  :: 1.4 Peraturan Pembelian  
  :: 1.5 Peraturan Penebusan  
  :: 1.6 Peraturan Pembayaran  
  :: 1.7 Program Keusahawanan  
  :: 1.8 Pendaftaran Pengiklanan  
     
©CM Mall™2017 owned by Ashadi Trading.